Author Archives: razibmokhtar

Upin dan Ipin, Hari Raya dan Jalan Raya….

Salam… 

Apa khabar?? Agak lama Abah menyepi… lebih dari setahun… BUSY.. (jawapan yang hampir semua orang lontarkan bila tak dapat mencari alasan yang sesuai…)

Pernah tengok cerita Upin dan Ipin?? Sapa tak pernah cuba angkat tangan?? Yang tak pernah tengok tu baru habis buat praktikal kat Uganda selatan kut?? berapa lama kat sana?? hehehehe…

Anak-anak abah amat suka tengok cerita adik beradik kembar dan Kak Rosnya yang garang tu… Tambah-tambah anak yang sulung.. setiap patah skrip dah di hafalnya.. Secara tersuratnya, kita dapat tengok anak2 kecil dan rakan-rakannya menjalani kehidupan yang amat gembira.. Segalanya seronok bagi mereka.. Iyelah… budak-budak… Abah dulu pun macam tu jugak…

Imej Upin dan Ipin…

Tapi hati Abah kerap terusik bila mereka bercerita mengenai ibu bapa… Ziarah ke kubur menjelang raya… sehinggakan menyambut hari Ibu pun di kubur… Bayangkan jika itu anak-anak kita….

Mungkin ada yang kata… Adus Abah ni dah tua sangat agaknya, dengan cerita kartun pun boleh terusik… ermmm…. 

Ermmm….. kartun tu boleh menjadi kenyataan bila kita tak ambil pusing dengan keselamatan di jalan raya terutamanya di musim perayaan nih… Segala kegembiraan dan keindahan perayaan tu terus direnggut dari anak-anak kita atau orang-orang yang kita sayang…

 

Imej

Kalau dah jadi lempeng mcm nih… tak ke haru.. (sumber Kosmo! Online

Beringatla semasa memandu.. Kalau letih berhenti sekejap… Rehat… Mandi-manda kat RNR… RNR kita ni cantik-cantik belaka… 

Akhirnya Abah nak Ucapkan… SELAMAT HARI RAYA……

Imej

 

p/s : peringatan kat atas ni sebenarnya untuk Abah… dan kalau orang lain nak ambik ingat pun baik juga… maklumlah nak jalan jauh…. 

Abah Nak Diet….

Salam…

Hehehehehe…. Boleh ke? Itu persoalan pertama yang keluar dari kepala Abah bila bercakap pasal topik yang satu nih… Kenapa nak diet??

Aku rasa ko makin ‘sihat’ laa… – Ayie (pengusaha dewan makan)

You nampak makin gemuk la boss.. – Ah Beng (Juruteknik Lif)

Yang ni tak payah tanya sihat ke dak.. Tgk aje badan dia… – Abg Din (sepupu orang rumah)

Ini tiga aje kenyataan dari kawan-kawan yang mengukuhkan lagi bawaha Abah makin tembun.. (selain dari baju yang semakin sendat dan seluar yang makin ketat..) Maka Abah berazam untuk diet… heheheehe… Azam yang entah kali keberapa.. hehehehehe…

Sewaktu mengeledah Google untuk mencari kaedah terbaik untuk diet.. Abah terbaca mengenai satu produk; Alpha Lipid SD2, yang merupakan produk yang tengah hot dengan testimoni yang memberangsangkan..

Ni la rupanya ALSD2…

Apa tu ALSD2??

Direka dengan bahan-bahan untuk menyokong keseimbangan gula darah, kekenyangan di antara waktu makan yang tetap dan jisim otot yang sihat, ALSD2 membantu untuk mengekalkan berat badan yang sihat, sebahagian daripada program pengurusan berat badan yang termasuk perubahan diet dan senaman.

Satu campuran berkualiti tinggi yang komprehensif yang terdiri daripada protein soya bukan-GMO (75%), serat, ekstrak daun teh hijau, vitamin dan mineral. Suplemen minuman ALSD2 tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa dan membantu untuk memastikan bahawa tubuh anda mempunyai semua nutrien penting termasuk protein supaya lemak dibakar, sementara anda masih dapat mengekalkan jisim otot dan ketegangan. Setiap hidangan menyediakan 10 gram protein yang boleh digunakan untuk keperluan harian anda.

Meh.. join abah untuk lebih kurus dan sihat dengan ALSD2.. Kalau nak try boleh sms Abah 012-2436909 untuk harga kawan-kawan yang menarik…

SAP Ventures – Isu Halal dan Hukum Syariah

Salam…

Banyak komen yang Abah terima mengenai pelaburan dalam SAP yang katanya menyerupai skim cepat kaya.. Dan pihak ICBT memberikan penerangan mengenai isu ini..

Secara ringkasnya, SAP Venture IV adalah halal, kerana belum ada perkara syubhah ditemui sepanjang program ini beroperasi.

Secara terperinci, syarikat membekal produk ebook dan peralatan bisnes online dengan 10 jenis pakej mengikut kumpulan harga.

Menurut JAKIM, SAP Venture IV tidak termasuk dalam kategori makanan, minuman, kosmetik, tempat sembelihan, persekitaran pemprosesan dan sebagainya. Oleh itu menurut pihak JAKIM, produk kami tidak perlu memohon apa-apa sijil halal dari JAKIM, JAIN mahupun MAIN.

Setiap satu produk dalam pakej SAP Venture IV juga dibenarkan untuk dijual semula secara bebas oleh sesiapa kepada sesiapa, di mana penjual boleh menyimpan kesemua keuntungan yang diperolehi.

Oleh itu berlaku satu sesi jual beli antara setiap penjual dan pembeli. Sebelum anda membeli, anda adalah pembeli. Selepas anda membeli dan menggunakan modul SAP, anda adalah penjual, di mana anda menjual pakej SAP Venture IV bagi pihak syarikat dengan perjanjian komisen untuk setiap jualan.

Dalam masa yang sama, pihak syarikat telah membangunkan satu modul yang berperanan mempromosikan pakej SAP Venture IV secara automatik bagi pihak anda.

Dengan promosi yang dijalankan oleh modul, maka tidak timbul sebarang isu penindasan orang bawah mahupun orang atas. Hanya platform yang disediakan oleh penjual, tetapi aktiviti pemasaran dijalankan oleh modul, maka memang jelas sekali tidak timbul isu penindasan di sini.

Juga, tidak timbul isu duduk diam dapat duit, atau makan hasil atas angin dalam perniagaan ini. Kerana hanya aktiviti promosi sahaja yang dijalankan oleh modul, selebihnya adalah usaha anda sendiri sebagai penjual, untuk memastikan platformnya (akaun facebooknya) sentiasa aktif dan berkualiti.

Selain itu menjadi tanggungjawab anda juga untuk menjawab kemusykilan prospek, serta tanggungjawab penjual juga untuk memberi sokongan kepada pelanggan yang kemudiannya menjadi penjual juga.

Maka sekali lagi, tidak timbul sebarang perkara syubhah dalam pakej SAP Venture IV. Mudah-mudahan rezeki kita semua diberkati, amin…

Sooo… apa tunggu lagi… cuba klik http://rm40.ibct.my/79 untuk terus menjana income…