Irshad Manji: Allah, Liberty and Love – Kekeliruan dan menyalahi syariah

Salam,

Ada beberapa peristiwa yang agak menarik dalam minggu ini; berita mengenai bekas KSJ yang menyerahkan boran pendaftaran ahli PAS, berita mengenai pendakwa kes ‘main belakang’ Saiful yang tiba-tiba jadi peguam bela DSAI, berita mengenai himpunan belia, berita pasal Nazmi Faiz yang sign kontrak dengan Beira Mar, berita Lee Chong Wei yang injured menyuramkan kilauan emas untuk Olimpik, dan macam-macam lagi..

Tapi Abah nak cerita mengenai satu lagi berita yang tak kurang menariknya. Mengenai Irshad Manji, penulis buku Allah Liberty and Love atau dalam bahasa ibunda Abah adalah; Allah, Kebebasan dan Cinta.. Siapa plak Irshad Manji ni? Meh kita tengok sedikit cerita mengenai Irshad Manji ni.. Maklumat ni Abah perolehi dari Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir..

Buku tulisan Irshad yang mengelirukan dan bercelaru…

Siapakah Irshad Manji?

Irshad Manji adalah seorang wanita berumur 49 tahun berkelahiran dari Uganda, Afrika Timur. Beliauseorang jurnalis, juga seorang penulis Kanada dan pengacara sebuah badan progresif dan reformasi Islam.Beliau presiden dan pengasas kumpulan Moral Courage Project, sebuah organisasi yang banyak bergerakmempromosikan bagaimana berfikiran kritis, berbeza pendapat dan perdebatan dalam agama Islam. Moral Courage Project adalah sebuah badan yang berada di tengah-tengah jaringan non muslim dan reformis muslim.
Ayahnya berasal dari Gujarat dan ibunya dari negara Mesir. Ketika berusia empat tahun, keluarga IrshadManji berpindah ke Kanada. Irshad Manji dibesarkan dan bersekolah aliran Islam, dia  mempelajari Islam melalui perpustakaan dan juga belajar bahasa Arab selama sekitar 20 tahun. Namun fahaman yang diperolehinya telah menyeleweng dan secara jelas dia telah membawa fahaman liberal kepadaumat Islam.
Ni la wajah manusia bernama Irshad Manji..
Pemikiran Dan Perjuangan Irshad Manji
Kontroversi yang timbul tentu sekali ada asbab yang boleh memberi kesan kepada masyarakat Islam, kalau tidak, mana mungkin ada pihak yang tampil menyatakan bantahan. Sekilas pandang secara luarannya kita sudah boleh menilai dan agak pelik bagaimana seorang wanita berambut pendek yang mengamalkan homoseksual boleh  menulis buku “Allah, Kebebasan dan Cinta”. Sudah tentu tulisannya mengundang seribu tanda tanya dan prasangka antara ilmu yang ditulis dengan perihal dirinya.
Benar kata orang, manusia tidak boleh dihukum dari sudut luarannya, namun apa yang dizahirkan, itulah garis petujuk kepada realiti bagaimana dalamannya. Apatah lagi kalau yang sudah terang lagi bersuluh kesalahannya. Irshad Manji secara terbuka mengaku bahawa dia adalah lesbian.
Tulisan Irshad Manji banyak mengelirukan dan menyeleweng dari hukum Syarak. Malah Irshad Manji  kerapkali mempertikaikan dan menghina Islam. Irshad Manji adalah seorang pejuang seks bebas, dan pergerakannya dipromosikan oleh golongan gay dan lesbian di rata-rata laman-laman sosial dan laman web. Irshad Manji  merupakan lesbian dan mengamalkan homoseksual secara terbuka.
Dalam soal kefahaman agama, Irshad Manji  mengatakan lelaki Islam hanya dialu-alukan hadir ke solat jumaat dan solat boleh dibuat bila-bila masa sahaja dan ia merupakan ciptaan manusia.
Irshad Manji menghina baginda Nabi Muhammad SAW sebagaimana di dalam bukunya ‘Beriman Tanpa Rasa Takut: Tentangan Umat Islam Saat Ini’, katanya :
“Sebagai seorang pedagang buta huruf, Muhammad bergantung pada para penulis untuk menulis kata-kata yang didengarnya daripada Allah. Kadang-kala Nabi sendiri mengalami penderitaan yang luar biasa untuk menguraikan apa yang ia dengar. Itulah bagaimana ayat-ayat syaitan,  ayat-ayat yang memuja berhala yang dikatakan pernah diterima oleh Muhammad dan ditulis sebagai ayat rasmi untuk al-Quran. Nabi kemudian mencoret ayat-ayat tersebut, menyalahkan tipu daya setan sebagai penyebab kesalahan catat tersebut. Walaubagaimanapun,  ahli falsafah muslim sudah berabad-abad lama mengisahkan cerita ini dan ini  telahpun memperlihatkan keraguan yang sudah lama ada pada kesempurnaan al-Quran”
Di dalam bukunya yang lain “Beriman Tanpa Rasa Takut: Tentangan Umat Islam Saat Ini” Irshad Manji mengungkapkan kisah bernada penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dengan menuduh Rasulullah SAW telah mengubahsuai al-Quran dan keraguan terhadap al-Qur’an melalui riwayat lemah dan palsu, dan ini telah menjadi peluang kepada orientalis untuk menyerang al-Quran dan Nabi Muhammad SAW yang sudah pasti menjadi kesukaan mereka.
Irshad Manji  telah banyak mengadakan seminar-seminar di rata-rata negara dengan memperjuangan seks bebas dan pergaulan bebas. Salah satu seminar yang dianjurkan berjudul “Menggugat Normativiti Tubuh dan Seksualiti : Iman, Cinta dan Kebebasan” yang bertujuan memberikan pendedahan pengamalan seks bebas kepada masyarakat.
Baru-baru ini Irshad Manji menganjurkan program seminar dan diskusi bukunya di Jakarta, 4 Mei 2012. Program tersebut telah ditentang keras oleh masyarakat Islam Indonesia. Ratusan masyarakat islam Indonesia keluar berhimpun di luar dewan seminar dengan laungan protes supaya program tersebut dibatalkan. Akhirnya berlaku ketegangan dan protes bantahan tersebut telah dihadiri oleh pihak polis, akhirnya program tersebut terpaksa dibatalkan. Setelah itu, Irshad Manji sekali lagi mengajurkan programnya pada 9 Mei 2012, namun program itu juga mendapat bantahan umat Islam Indonesia dan terpaksa dibatalkan. Kedatangan Irshad Manji ke Indonesia untuk mengadakan seminar dan diskusi tersebut ditaja oleh Yayasan dan LSM Liberal-Kapitalis.
Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) telah membantah penganjuran program Irshad Manji dengan sekeras-kerasnya dan turut menyebarkan risalah kepada warga Indonesia dengan menyatakan “sesiapapun yang melindungi Irshad Manji akan berhadapan dengan umat Islam dan MMI”. Program tersebut juga mendapat tentangan hebat daripada Front Pembela Islam (FPI), Indonesia yang menyebabkan ia terpaksa dibatalkan.
Irshad Manji di dalam bukunya “Allah, Liberty and Love” menjelaskan, bagaimana seseorang menjadi berani jika ada individu atau pihak yang ingin menutup mulut agar tidak berkata-kata. Buku ini sebagai panduan untuk menjadi seorang tokoh dunia yang mempunyai keberanian. Namun perlu disedari, keberanian yang dimaksudkan adalah keberanian mempertahankan idea yang dihasilkan sendiri sekalipun bertentangan dengan Islam. Maka kerana itu golongan yang bersama-sama dengan Irsyad Manji akan menjadi lebih yakin untuk mengamalkan seks bebas dan membuat andaian sendiri terhadap agama.
Persis sebegitulah kefahaman yang disuntik kepada sesiapa yang mengikuti program bersama Irshad Manji, sebagaimana terjadi kepada Ahmad Dhani, seorang ketua kumpulan muzik Dewa 19, Indonesia yang secara jelas telah menyokong dan mengikuti Irshad Manji.
Beliau berpandangan bahawa golongan mereka sebenarnya golongan yang MERDEKA berfikir, bukan dikongkong oleh agama, sebagaimana yang dipetik daripada Twitternya. Kata para ulama, golongan yang sesat, dan merasakan dia adalah betul adalah golongan yang amat sukar untuk dibersihkan akidahnya.
Terdahulu, 19 Mei 2012, Irshad Manji telah melancarkan bukunya “Allah, Liberty and Love” di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor dan Kuala Lumpur. Buku pertama Manji, “The Trouble with Islam Today: A Muslim’s Call for Reform in Her Faith” sebelum ini telah  diharamkan di Malaysia selepas lapan tahun berada di pasaran.
Pihak bertanggungjawab perlu mengambil cakna dan tidak membiarkan perkara ini terus berleluasa dan berlarutan. Hari ini masih ada, api yang kecil jangan dibiarkan membakar tuan baru ingin mencari pemadamnya.
Abah : Lagi pelik dengan penerbit buku ini dalam bahasa melayu yang nak saman JAWI sebab merampas buku ini.. Masa nak translate dulu tak baca dulu ke?? Bukan Islam ke Pengarahnya sampai tak berapa nak reti dan sensitif mengenai perkara ni.. Tapi nama dalam paper tu macam nama Islam aje… huhuhuhuhu…

About razibmokhtar

Mencari Kehidupan Sempurna Bermula Dengan Pemakanan Sempurna

Posted on 25 May 2012, in Pelbagai and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment