Upin dan Ipin, Hari Raya dan Jalan Raya….

Salam… 

Apa khabar?? Agak lama Abah menyepi… lebih dari setahun… BUSY.. (jawapan yang hampir semua orang lontarkan bila tak dapat mencari alasan yang sesuai…)

Pernah tengok cerita Upin dan Ipin?? Sapa tak pernah cuba angkat tangan?? Yang tak pernah tengok tu baru habis buat praktikal kat Uganda selatan kut?? berapa lama kat sana?? hehehehe…

Anak-anak abah amat suka tengok cerita adik beradik kembar dan Kak Rosnya yang garang tu… Tambah-tambah anak yang sulung.. setiap patah skrip dah di hafalnya.. Secara tersuratnya, kita dapat tengok anak2 kecil dan rakan-rakannya menjalani kehidupan yang amat gembira.. Segalanya seronok bagi mereka.. Iyelah… budak-budak… Abah dulu pun macam tu jugak…

Imej Upin dan Ipin…

Tapi hati Abah kerap terusik bila mereka bercerita mengenai ibu bapa… Ziarah ke kubur menjelang raya… sehinggakan menyambut hari Ibu pun di kubur… Bayangkan jika itu anak-anak kita….

Mungkin ada yang kata… Adus Abah ni dah tua sangat agaknya, dengan cerita kartun pun boleh terusik… ermmm…. 

Ermmm….. kartun tu boleh menjadi kenyataan bila kita tak ambil pusing dengan keselamatan di jalan raya terutamanya di musim perayaan nih… Segala kegembiraan dan keindahan perayaan tu terus direnggut dari anak-anak kita atau orang-orang yang kita sayang…

 

Imej

Kalau dah jadi lempeng mcm nih… tak ke haru.. (sumber Kosmo! Online

Beringatla semasa memandu.. Kalau letih berhenti sekejap… Rehat… Mandi-manda kat RNR… RNR kita ni cantik-cantik belaka… 

Akhirnya Abah nak Ucapkan… SELAMAT HARI RAYA……

Imej

 

p/s : peringatan kat atas ni sebenarnya untuk Abah… dan kalau orang lain nak ambik ingat pun baik juga… maklumlah nak jalan jauh…. 

About razibmokhtar

Mencari Kehidupan Sempurna Bermula Dengan Pemakanan Sempurna

Posted on 5 August 2013, in Pelbagai and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment